Membantu ibubapa yang hampir tenggelam punca mencari masalah berhubung dengan anak remaja mereka.
Membina kekuatan luaran dan dalaman di kalangan remaja yang menjadi peserta.
Menyediakan suasana baru bagi merangsang para peserta berusaha membaiki dan memajukan diri.
Membantu membuang sifat dan amalan keji yang kini memerangkap kehidupan mereka.
Menyediakan tali penghubung bagi memudahkan remaja mendekati ibubapa, ahli keluarga dan anggota masyarakat mereka.
Membantu para remaja yang menyertai program meninggalkan tabiat dan amalan yang merugikan diri, keluarga dan masyarakat mereka.
Membantu melahirkan insan remaja yang soleh dan solehah.
KANDUNGAN KURSUS
“Mengenal Diri”.
“Menilai Kekuatan Dan Kelemahan Diri”
“Dunia Remaja”.
“Cabaran Insan Remaja.”
“Hubungan Remaja Dengan Ibubapa, Keluarga Dan Masyarakat."
“Gaya Hidup Negatif Di Kalangan Anak Remaja”.
“Pembinaan Kekuatan Fizikal”.
“Menajamkan Intelek/Minda”.
“Bisikan Hati Kecil Remaja”.
“Amalan Agama Di Kalangan Remaja”.
“Membina Kesungguhan Mengamalkan Tuntutan Agama”.
“Cinta, Kasih Dan Sayang Terhadap Ibubapa Dan Keluarga”.
“Remaja Dan Kerjaya”.
“Menghapuskan Sifat Negatif”.
“Menghidupkan Sifat-Sifat Positif”.
“Remaja Yang Diredhai Allah”.
“Mencari kekuatan untuk menggugurkan amalan negatif yang merugikan”.
“Penghayatan Agama Sebagai Pra-syarat Kepada Pembangunan/Islah Remaja”.
METODOLOGI
Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia -- aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal.
Program ini mensyaratkan setiap peserta terlibat sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang di aturkan. Aktiviti-aktiviti tersebut berbentuk ilmu, amalan dan keimanan. Keseluruhan program dibangunkan atas dasar keterbukaan, simpati, empati dan jalinan hubungan yang sentiasa rapat di antara pengendali program dengan para peserta.
Program ini juga menekankan peri pentingnya proses pembelajaran seutuhnya disalurkan menerusi sesi perbincangan, pembentangan, soal jawab dan membuat rumusan serta merumuskan satu pakej agenda bertindak yang boleh merobah pola kehidupan peserta.
Program ini dikendalikan dalam suasana kasih sayang, hormat menghormati disamping aktiviti-aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan.
KUMPULAN SASAR
Program ini mensasarkan kumpulan berikut:
Remaja bermasalah.
Remaja penghidu gam/dadah di peringkat awal.
Remaja menganggur/tidak minat bekerja.
Remaja yang suka berpeleseran/lepak-lepak.
Remaja yang suka bersosial.
Remaja dilamun cinta yang tidak kesampaian.
Remaja yang tidak minat belajar/meneruskan pengajian.
Remaja yang tidak serasi dengan ibubapa dan ahli keluarga.
Remaja yang liar dan ganas.
Remaja yang tidak minat dengan ajaran agama.
Remaja yang menjadi beban kepada keluarga.
Remaja yang tidak berdisiplin.
Remaja yang menyisihkan diri.
PENERAJU UTAMA
Dato’ Dr Hasan Mohd Ali
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.
JANGKAMASA PROGRAM
15 hari 14 malam.
YURAN PENYERTAAN
RM980.00 seorang peserta.
PENYERTAAN IBUBAPA
Ibubapa diwajibkan hadir menyertai program bersama peserta anak-anak remaja semasa:
Hari Pembukaan
Hari Khamis malam Jumaat. (minggu pertama)
Hari Khamis malam Jumaat. (minggu kedua)
Hari Penutup
TARIKH TERDEKAT
Sila rujuk Jadual Program Terdekat di sebelah kanan.
ATURCARA PROGRAM
Akan diberi pada hari pembukaan program.
NATIJAH PROGRAM
Peserta akan menjalani proses transformasi ke arah kebaikan yang dapat dibanggakan. Peserta diberi kefahaman tentang alam remaja yang merupakan alam kemuncak kekuatan bagi diri insan yang sepatutnya tidak disia-siakan.
Peserta akan lebih mudah hidup penuh harmoni bersama ibubapa dan anggota keluarga.
Peserta akan memperolehi kekuatan baru untuk mengenepikan pola kehidupan yang merugikan sebaliknya mula menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menguntungkan.
Peserta mendapati sudah terbuka luas pintu berinteraksi antara mereka dengan ibubapa, ahli keluarga dan anggota masyarakat.
Peserta akan dibekalkan dengan mekanisme pertahanan diri untuk menangkis segala gejala negatif.
Peserta secara bertahap akan menjadi remaja yang soleh dan solehah.
PENDAFTARAN
Untuk menyertai program, sila ambil tindakan berikut:
Klik PENDAFTARAN.
Buat bayaran melalui bank. No. akaun MBB564258310590 atas nama Sabha Group Sdn Bhd, 10-3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2282 1588; Faks: 03-2282 1859.
E-mail AKRAB:
atau
Fakskan/E-mailkan Borang Penyertaan beserta ”bank-in slip” ke pejabat AKRAB.
Hubungi kami sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 3 hari waktu bekerja.
AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia)
10-3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-2282 1588, Faks: 03-2282 1859 atau e-mail : sabha00@tm.net.my atau sabha@streamyx.com