Di antara ”symptoms” yang menggambarkan setiap ahli keluarga perlu mengikuti program ini:
Adakah anda merasakan keluarga anda semakin kehilangan arah tuju?
Adakah anda merasakan kemesraan dan kasih sayang semakin dingin di kalangan ahli keluarga khususnya suami isteri?
Adakah anda merasakan ujudnya jurang komunikasi dan interaksi di kalangan ahli keluarga dan jurang tersebut semakin melebar?
Adakah semangat kepedulian di antara ahli keluarga semakin luntur?
Adakah anda merasakan antara ahli keluarga semakin kurang sifat saling menghargai dan menghormati?
Adakah anda merasakan kesunyian walaupun dikelilingi anggota keluarga?
Adakah anda merasakan bunga-bunga kasih, sayang dan kecintaan tidak mekar lagi?
Adakah anda selalu memikirkan soal penceraian sebagai jalan keluar kepada masalah yang dihadapi?
Adakah anda ditimpa kebosanan dalam hidup berumahtangga?
Adakah anda kerap dilanda kemurungan?
Adakah anda mengalami masalah ketiadaan/ketidakcukupan ilmu untuk menangani kehidupan bersama suami/isteri dan ahli keluarga?
Adakah anda mengalami masalah menzahirkan apa yang tersirat di dalam hati kepada suami/isteri anda?
Adakah anda terpaksa berpura-pura dengan suami/isteri anda demi mengekalkan hubungan yang kononnya mesra?
Adakah anda masih berlum dapat mengenal suami/isteri anda walaupun telah berkahwin buat sekian lamanya?
Adakah anda masih tercari-cari jalan keluar yangsebaik-baiknya untuk menyelesaikan masalah anda dengan suami/isteri atau ahli keluarga yang lain?
Adakah anda sering bertengkar dan bertelagah?
Adakah anda merasakan tidak cukup ilmu dalam menangani karenah anak-anak?
Jika sebahagian besar daripada soalan-soalan di atas mendapat jawapan positif bererti anda sekeluarga perlu membuat keputusan untuk menyertai program ini.
Sekiranya soalan-soalan di atas tidak berkaitan dengan anda, tetapi demi keberlangsungan keluarga, anda perlu memikirkan untuk membawa seisi keluarga menghabiskan hujung minggu secara bermakna bersama AKRAB dalam program ini.
OBJEKTIF PROGRAM
Menimba ilmu dan selok belok kemahiran keibubapaan (parenting).
Memahami pola tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak.
Membentangkan beberapa kesilapan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak.
Mempertingkatkan mutu kasih, sayang dan kecintaan sekeluarga.
Memantapkan jalinan hubungan ahli keluarga.
KANDUNGAN PROGRAM
Mempertingkatkan mutu kasih sayang sekeluarga.
Beberapa kesilapan dan kelemahan mendidik anak-anak dan cara mengatasinya.
Cetusan harapan ibubapa.
Janji setia anak-anak.
METODOLOGI
Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen manusia yang menyentuh aspek-aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Kursus ini menekankan peri pentingnya proses pembelajaran disalurkan menerusi sesi perbincangan, pembentangan, soal jawab dan membuat rumusan. Program ini dikendalikan dalam suasana kasih sayang, hormat menghormati disamping aktiviti-aktiviti yang mencabar tetapi menyeronokkan.
Di akhir program satu pelan bertindak keluarga cemerlang akan dikemukakan melalui perbincangan bengkel yang dibahagi mengikut kumpulan bengkel suami, kumpulan bengkel isteri dan kumpul bengkel anak-anak. Pelan bertindak inilah yang akan menjadi landasan dan panduan kehidupan seharian sekeluarga.
BAHASA PENGANTAR
Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.
JANGKAMASA PROGRAM
Sehari. Bermula 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
YURAN PENYERTAAN
RM300.00 satu keluarga. (Terdiri daripada ayah, ibu dan 2 orang anak). Tambahan RM65.00 dikenakan untuk setiap seorang anak yang lain berumur 7 tahun ke atas.
KUMPULAN SASAR
Ibubapa dan semua anak-anak termasuk anak remaja.
TARIKH & TEMPAT
Akan diberitahu kemudian.
NATIJAH PROGRAM
Mengetahui dengan lebih jelas intisari keluarga sejahtera dan cemerlang.
Mengetahui dengan lebih jelas aspek-aspek “parenting” serta tugas dan tanggungjawab ibubapa membentuk keluarga sejahtera dan cemerlang.
Mengetahui dengan lebih jelas teknik dan cara membina keluarga sejahtera dan cemerlang.
Meningkat keupayaan ahli keluarga untuk menggarap kehidupan yang bermatlamatkan kecemerlangan berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam membentuk keluarga cemerlang.
Tertanam semangat bahawa usaha memajukan keluarga mesti dibuat secara berterusan.
PENDAFTARAN
Untuk menyertai program, sila ambil tindakan berikut:
Klik PENDAFTARAN.
Buat bayaran melalui bank. No. akaun MBB564258310590 atas nama SabhaGroup Sdn Bhd, 10-3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2282 1588; Faks: 03-2282 1859.
E-mail AKRAB:
atau
Fakskan/E-mailkan Borang Penyertaan beserta ”bank-in slip” ke pejabat AKRAB.
Hubungi kami sekiranya tidak mendapat jawapan selepas 3 hari waktu bekerja.
AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia)
10-3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 03-2282 1588, Faks: 03-2282 1859 atau e-mail : sabha00@tm.net.my atau sabha@streamyx.com