Utama arrow Kenali Kami
Saturday, 11 September 2010
 
 
Info AKRAB
Utama
Kenali Kami
Program Anjuran Bersama
Hubungi Kami
Program AKRAB
Summer Camp
Smart Learning
Remaja Ku Sayang
Kem Jati Diri Remaja
Kem Remaja Berkualiti
Program ICAG
Program 24 Jam
Pendidikan Keibubapaan
Hari Keluarga
Apa Kata Mereka?
Produk AKRAB
Buku
CD
Makanan Kesihatan
Perkhidmatan
Khidmat Kaunseling
Pendaftaran
Pendaftaran
Muat Turun Borang
Kalendar Aktiviti
September 2010
M T W T F S S
30311 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
This month
Info Terkini
Produk AKRAB
Sudah Terbit!

**************






Untuk membuat pesanan
buku-buku terbaru ini,
sila klik
Borang Pesanan

*******


CD TERBARU !!

 







Untuk membuat pesanan
CD-CD terbaru ini,
sila klik
Borang Pesanan

*******

MAKANAN MINDA
INTAN BESTARI



Untuk membuat pesanan
Intan Bestari,
sila klik
Borang Pesanan

***** 
Pengunjung
Trump Baja Condos
Luxury Real Estate
Penyelenggara
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
phpBB Login
Kenali Kami

AKRAB (AKADEMI KELUARGA BAHAGIA MALAYSIA)  

AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia) yang ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu adalah merupakan satu-satunya organisasi professional dibidang pembangunan dan pendidikan keluarga. AKRAB telah mengendalikan pelbagai aneka program pendidikan kekeluargaan. Pengasas dan pelopor AKRAB ialah Dato' Dr Hasan Mohd Ali.

Kesemua program yang dianjurkan oleh AKRAB melibatkan anggota keluarga asas iaitu ibubapa dan anak-anak dan juga lain-lain ahli keluarga terdekat. Dengan menekankan betapa pentingnya suasana kemesraan, kecintaan dan kasih sayang, AKRAB menaja bengkel kekeluargaan, keibubapaan, kecemerlangan pelajar dan keremajaan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bengkel-bengkel yang sama juga sering diadakan di Singapura dan Negara Brunei Darul Salam.

Pada asasnya terdapat empat kategori program utama yang diusahakan oleh AKRAB iaitu:

  • Program Untuk Anak-Anak/Pelajar: Summer Camp untuk pelajar darjah 1 hingga tingkatan 5 dan Smart Learning untuk pelajar darjah 4 hingga tingkatan 5).
  • Program Khas Untuk Remaja: Kem Jati Diri Remaja, Kem Membina Remaja Berkualiti Dan Bermartabat dan Kem Membina     Daya Tahan & Daya Juang Remaja (Khas untuk remaja berumur 17 - 25 tahun).
  • Program Untuk Ibubapa: Teknik Menerapkan Agama Dalam Kehidupan Anak-Anak, Teknik Mendidik Anak Pra-Sekolah, Teknik Mendidik Anak Pintar Cerdas, Teknik Mendidik Anak Bermasalah, Teknik Menggunakan Psikologi Mendidik Anak, Teknik Mendidik Anak Bersikap Positif, Teknik Berkomunikasi Dengan Anak, Teknik Mendisplin Anak-Anak, Teknik Memotivasi/Merangsang Anak-Anak Supaya Rajin Belajar. (Program-program ini dikhususkan kepada kedua ibubapa untuk tempoh ½ hari).
  • Program Yang Disertai Oleh Ibubapa Bersama Anak-Anak/Pelajar: Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang (ICAG), 24 Jam Kasih Dirayu Sayang Dipadu dan Hari Keluarga.

Ibu Pejabat Korporat AKRAB terletak di 10-3, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar Utama, 59000 Kuala Lumpur. Tel: 03-2282 1588, Faks: 03-2282 1859 atau e-mail: atau

Program-program yang ditaja oleh AKRAB terutamanya program bercorak pembinaan sikap diadakan di tempat-tempat berbentuk outdoor bagi membolehkan aktiviti-aktiviti praktikal jalinan kekeluargaan diadakan. Sementara program berbentuk pembinaan, kemahiran dan ketrampilan diadakan di tempat-tempat yang lebih sesuai seperti dewan, resort, hotel dan lain-lain tempat yang dianggap sesuai. 

FAKTA RINGKAS MENGENAI AKRAB

  •  Motto AKRAB
: “Sumber Inspirasi Familiku”.
  • Ditubuhkan pada
: Tahun 1982
  •  Pengasas

:

Dato’ Dr Hasan Mohd Ali
  • Misi AKRAB
: Melahirkan generasi ummat pengganti yang hidup dalam suasana aman dan damai dengan pancaran air kasih sayang dan kecintaan di samping sentiasa mengharapkan redha Allah. 
  • Objektif Utama

:

Menyedia dan mengendalikan modul-modul latihan pendidikan kekeluargaan, keibubapaan, kecemerlangan pelajar, keremajaan, remaja bermasalah dan sebagainya.
  •   Program Utama

:

Summer Camp, Smart Learning, Kem Remaja, Program 24 Jam, Program ICAG,Program Pendidikan Keibubapaan dan lain-lain.
  • Lain-lain khidmat:

:

Khidmat Kaunseling untuk suami/isteri, anak-anak/para pelajar, remaja bermasalah dan lain-lain permasalahan spesifik yang melanda anggota keluarga. 
  • Pengendalian Program
:

Boleh dibuat secara individu atau secara melalui badan-badan kerajaan, separa kerajaan, badan-badan swasta/korporat, persatuan-persatuan dan sebagainya.

 

 
 

 SUMMER CAMP

Tarikh

Tempat

 12 - 14  Jun 2010

 MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat

 17 - 19  Jun 2010

 MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat

 

KEM JATI DIRI REMAJA

Tarikh

Tempat

 05 - 12  Jun 2010

 MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat

Hari Keluarga Korporat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Top! Top!