Utama
Monday, 06 February 2012
 
 
Info AKRAB
Utama
Kenali Kami
Program Anjuran Bersama
Hubungi Kami
Program AKRAB
SUMMER CAMP
Smart Learning
Remaja Ku Sayang
Kem Jati Diri Remaja
Kem Remaja Berkualiti
Program ICAG
Program 24 Jam
Pendidikan Keibubapaan
Hari Keluarga
Apa Kata Mereka?
Produk AKRAB
Buku
CD
Makanan Kesihatan
Produk AKRAB
Buku
CD
Makanan Kesihatan
Perkhidmatan
Khidmat Kaunseling
Pendaftaran
Pendaftaran
Muat Turun Borang
Kalendar Aktiviti
February 2012
M T W T F S S
30311 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 1 2 3 4
This month
Info Terkini
Produk AKRAB
Sudah Terbit!

**************






Untuk membuat pesanan
buku-buku terbaru ini,
sila klik
Borang Pesanan

*******


CD TERBARU !!

 







Untuk membuat pesanan
CD-CD terbaru ini,
sila klik
Borang Pesanan

*******

MAKANAN MINDA
INTAN BESTARI



Untuk membuat pesanan
Intan Bestari,
sila klik
Borang Pesanan

***** 
Pengunjung
Trump Baja Condos
Luxury Real Estate
Penyelenggara
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
phpBB Login
SELAMAT DATANG KE WEBSITE FAMILIKUSAYANG.COM

 UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM-PROGRAM YANG TERDAPAT DI MAPPETRA.SILA LAYARI

 www.mappetra.com

 Logo MAPPETRA


 

Berikut adalah tarikh-tarikh program motivasi untuk cuti persekolahan penggal kedua iaitu pada bulan Mei dan Jun 2011.

 

Kepada ibubapa yang berminat, bolehlah menghubungi pihak AKRAB untuk keterangan lanjut. Hubungi kami di talian:

03-2282 1588, 019-384 0544, 016-390 6142

atau 013-628 3985.


TARIKH

PROGRAM

04 - 11 Jun 2011

  KEM JATI DIRI REMAJA

04 - 07 Jun 2011

SUMMER CAMP

04 - 05 Jun 2011

SMART LEARNING



 

"SUMMER CAMP", "KEM JATI DIRI REMAJA" DAN HARI KELUARGA IBUBAPA CEMERLANG ANAK GEMILANG” MUSIM CUTI SEKOLAH

NOVEMBER – DISEMBER 2010

 

 MAPPETRA (Malaysian Academy of Peak Performance Traning) merupakan pelopor di bidang pendidikan kekeluargaan di negara ini.  Akademi ini akan mengendalikan program “Summer Camp”, “Kem Jati Diri Remaja” dan “Hari Keluarga Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang” dalam musim cuti panjang persekolahan ini.   

Program “Summer Camp” 3 hari 2 malam dikhususkan untuk pelajar-pelajar darjah satu hingga tingkatan lima.  Program “Kem Jati Diri Remaja” selama 8 hari 7 malam dikendalikan untuk remaja berumur 13 tahun hingga 20 tahun.  Sementara “Hari Keluarga Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang” yang berlangsung sehari suntuk hingga ke malam pula melibatkan ibubapa dan anak-anak.  Ketiga-tiga program menampilkan unsur-unsur fizikal, intelektual dan spiritual dalam gabungan yang serba lengkap (holistik).  

Ribuan rakyat Malaysia termasuk rakyat Singapura dan Brunei Darussalam, telah mendapat faedah langsung daripada program tajaan MAPPETRA sejak dari mula ditubuhkan. 

Bagi menentukan cuti panjang persekolahan ini  diisi dengan program-program yang bermanfaat dan benar-benar dapat membina diri dan sahsiah para pelajar serta remaja, disyorkan supaya ibubapa dapat mengambil kesempatan untuk mendaftarkan ahli keluarga menyertai ketiga-tiga program yang bakal dikendalikan. 

Dengan bantuan tenaga mahir dan fasilitator-fasilitator terlatih dan berpengalaman luas, MAPPETRA berupaya membentuk para pelajar dan remaja yang terjebak dengan pelbagai salah laku. Antaranya termasuklah hilang minat belajar, suka berfoya-foya dan berpeleseran, derhaka kepada ibu bapa, terlibat dengan mat rempit, malas menunaikan ibadah, bergaul bebas serta hidup tanpa disiplin dan sebagainya.   

Dari maklumbalas yang diterima sehingga kini, program “Summer Camp”, “Kem Jati Diri Remaja” dan “Hari Keluarga Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang” telah dapat membawa mereka ke pangkal jalan.  

Kesan langsung daripada program dapat dilihat, dalam mana sebahagian besar peserta, berjaya dalam kehidupan sebagai ahli profesional dalam berbagai bidang.  Mereka taat kepada ajaran agama disamping mengasihi, menyayangi dan mencintai ibu bapa serta ahli keluarga dan komited dalam kerjaya masing-masing. 

Jangan biarkan anak-anak anda terumbang-ambing membazirkan musim cuti sekolah yang sangat berharga itu. Ibu bapa harus bijak mencari jalan mencegah anak-anak daripada terlibat dalam pelbagai kegiatan yang merugikan.  Penyertaan dalam program seperti ini akan dapat membuka jalan penyelesaian. 

MAPPETRA terletak dalam persekitaran semulajadi dikelilingi Hutan Simpan Hulu Langat.  Akademi ini dikelilingi gunung ganang, tasik yang luas, sungai yang mengalir jernih dan air terjun yang tidak dicemari. Tidak jauh daripada kompleks latihan ini, terdapat penempatan orang asli yang menjadikan persekitarannya bertambah unik. 

Para peserta akan teruja dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan.  Aktiviti ‘outdoor’ yang mencabar menjadikan antara acara yang sukar dilupakan. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi MAPPETRA melalui talian 03-2282 1588, 013-725 7261, 013-628 3985, 016-3906145.

 


 

 

Artikel Kekeluargaan AKRAB dalam Sinar Harian

Artikel "Lebih Suku Abad Pendidikan Kekeluargaan AKRAB" di Sinar Harian 28 Oktober
 2009 di ruangan Sisipan Khas Pendidikan. Sila klik untuk download.

 
LEBIH SUKU ABAD PENDIDIKAN KEKELUARGAAN AKRAB

Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB) adalah satu-satunya organisasi di negara ini yang telah melibatkan diri di bidang pendidikan kekeluargaan dan motivasi remaja serta pelajar-pelajar sejak lebih 30 tahun yang lalu.  

Di bawah pendidikan kekeluargaan AKRAB mengendalikan “Program Sehari Kasih Dirayu Sayang Dipadu” melibatkan ibu, bapa dan anak-anak. Antara lain program ini secara praktikal menitikberatkan semangat kasih sayang, mengamalkan teknik-teknik “parenting” yang betul serta membulatkan rasa tanggungjawab bersama membentuk keluarga sejahtera dan cemerlang. 

 

Program hujung minggu ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11 malam dengan berbagai bentuk pengisian dalam kelas dan latihan “outdoor” yang mencabar dan menyeronokkan setiap ahli keluarga. 

Hasil yang dapat dilihat dengan jelas ialah keluarga yang menghadapi masalah komunikasi, terabainya kasih sayang dan longgarnya hubungan kekeluargaan akan mula merasai bercambah dan suburnya ukhuwwah dan mahabbah dikalangan ahli keluarga.  

 

Program motivasi remaja yang dinamakan “Program Jatidiri Remaja AKRAB” biasanya berlangsung selama 8 hari 7 malam. Program ini diisi dengan aktiviti latih amal yang begitu menarik minat para remaja yang sebelum ini sering tenggelam dalam berbagai gejala negatif yang merosakkan.  

Para remaja yang telah melalui proses pendidikan yang agak intensif ini, berjaya menimba ilmu dan kemahiran hidup di samping tertanamnya kesedaran yang mendalam tentang peri pentingnya mereka kembali ke pangkal jalan untuk meneruskan kehidupan sebagai remaja yang berguna terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

 

 Program kecemerlangan pelajar yang paling popular kendalian AKRAB ialah “Summer Camp AKRAB”. Puluhan ribu pelajar dari seluruh negara telah mengikuti program ini. Sentuhan “Summer Camp AKRAB” telah membuka ruang minda mereka. “Summer Camp AKRAB” juga telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam dari segi rangsangan untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Majoriti mereka sudah berjaya dalam menjalani hidup sebagai ahli profesional, ahli korporat, pensyarah dan lain-lain bidang profesional yang menjadikan mereka begitu istimewa di mata masyarakat. 

Selama lebih 30 tahun mengabdikan diri kepada masyarakat, AKRAB telah berjaya meletakkan batu asas terbentuknya keluarga bahagia dalamana seluruh ahli keluarga berusaha mengikis segala sifat yang merugikan. Sebaliknya menumpukan tenaga kepada membina budaya cemerlang.  Budaya cemerlang AKRAB berteraskan kepada kesihatan fizikal, pemantapan minda/intelektual dan yang paling penting penyuburan spiritual melalui amalan-amalan keagamaan.


CD TERBARU DARI AKRAB

 

Dapatkan segera CD terbaru kami.

 

 Apa Ertinya Berjaya Dalam Pelajaran

 Panduan Mendisiplin Diri Pelajar  Tips Mendidik Anak Pintar Cerdas
 Panduan Mengkhidmati Ibubapa  Tips Menyubur Kasih Sayang Sekeluarga  Tips Mewujudkan Suasana Ceria Dalam Keluarga
 Pendekatan Islam Membasmi Gejala Sosial  Pengukuhan Aqidah Dan Tawheed Dalam Kehidupan  

 

Selanjutnya.... 


GALERI GAMBAR

Kami akan pamerkan gambar-gambar aktiviti-aktiviti AKRAB yang telah dijalankan.

Selanjutnya....

Peserta Smart Learning tekun menyalin nota.

Abang Din bersama adik-adik Smart Learning.

Smart Learning

Bakan Berdulang

UPSR 5As

Makan setalam membawa muafakat.

Renungan Zohor

Selepas Sembahyang

Sesi tazkirah.

Kawan membawa kejayaan.

Enaknya

Khusyuk

Sehati sejiwa.

Amin.

Seronoknyeee

Main Air

Terpancar keriangan.

Waktu bersukaria.

Azamku

Ramainyee

Belajar berkumpulan lebih baik.

Komitmen ibubapa.

SUMMER CAMP

ADAKAH ANAK ANDA TERMASUK DALAM KATEGORI INI

  • Tiada matlamat.
  • Malas, tidak bersungguh-sunguh dan sambil lewa.
  • Ponteng sekolah.
  • Malas buat kerja sekolah.
  • Terjebak dengan rakan-rakan yang nakal.
  • Tabiat suka mencuri.
  • Berfikiran negatif.
  • Hantu TV dan video games.
  • Terlalu berhiburan.
  • Suka lepak-lepak.
  • Terlalu aktif dalam sukan.
  • Terlibat dalam cinta remaja yang mengasyikkan.
    Berkhayal-khayalan.
  • Kena dibimbing secara berterusan.
  • Kena sering diingatkan.
  • Lemah motivasi diri.
  • Malas sembahyang.
  • Susah bangun pagi.
  • Tidak hormat ibubapa.
  • Kerap bergaduh dengan adik-beradik.
  • Jarang ada di rumah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Selanjutnya..



 

SMART LEARNING

APA ITU SMART LEARNING?

“Smart Learning” adalah satu disiplin ilmu untuk pembelajaran. Dengan mempraktik ilmu “Smart Learning” seseorang pelajar dapat menikmati keseronokan belajar dan semua aktiviti berkaitan dengannya. “Smart Learning” kendalian AKRAB mengandungi 2 Modul.

Modul 1 memberi teknik-teknik praktikal pembelajaran pintar .

Modul 2 menjurus kepada teknik persediaan fizikal, mental, emosional dan spritiual serta teknik memperolehi pangkat “A” dalam peperiksaan.

Penguasaan teknik-teknik ini adalah perlu bagi membolehkan mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Selanjutnya...


PROGRAM 24 JAM KASIH DIRAYU SAYANG DIPADU

PENGUKUR KESEJAHTERAAN RUMAHTANGGA

Di antara ”symptoms” yang menggambarkan setiap ahli keluarga perlu mengikuti program ini:

  • Adakah anda merasakan keluarga anda semakin kehilangan arah tuju?

  • Adakah anda merasakan kemesraan dan kasih sayang semakin dingin di kalangan ahli keluarga khususnya suami isteri?

  • Adakah anda merasakan ujudnya jurang komunikasi dan interaksi di kalangan ahli keluarga dan jurang tersebut semakin melebar?

  • Adakah semangat kepedulian di antara ahli keluarga semakin luntur?

  • Adakah anda merasakan antara ahli keluarga semakin kurang sifat saling menghargai?

  • Adakah anda merasakan kesunyian walaupun dikelilingi anggota keluarga?

  • Adakah anda merasakan bunga-bunga kasih, sayang dan kecintaan tidak mekar lagi?

  • Adakah anda selalu memikirkan soal penceraian sebagai jalan keluar kepada masalah yang dihadapi?

  • Adakah anda ditimpa kebosanan dalam hidup berumahtangga?

  • Adakah anda kerap dilanda kemurungan?

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Selanjutnya...

 
 

 SUMMER CAMP

Tarikh

Tempat

 04 - 07 Jun 2011  MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat
 

SMART LEARNING

Tarikh

Tempat

04 - 05 Jun 2011 (Sabtu) 

 MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat

 

KEM JATI DIRI REMAJA

Tarikh

Tempat

  04 - 11 Jun 2011

 MAPPETRA, Sg Lui, Hulu Langat

 
Hari Keluarga Korporat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Top! Top!