CD/DVD TERBARU DARI AKRAB |
| |
|
1. PANDUAN MENDISPLIN DIRI PELAJAR
Dato’ Dr Hasan Ali cuba memberi panduan mendisiplin pelajar dari sudut pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan pembelajaran, pengurusan hal kekeluargaan, pengurusan pergaulan sosial dan mengurus diri dalam hubungannya dengan Allah Maha Pencipta. |
|
| |
|
2. APA ERTINYA BERJAYA DALAM PELAJARAN 
Dato’ Dr Hasan Ali melalui pengalamannya mendapati bahawa pelajar-pelajar tidak memiliki tanggapan yang tepat mengenai kejayaan dalam bidang pelajaran. Akibat daripada itu sebahagian besar tidak dapat memberikan komitmen yang sewajarnya dalam pembelajaran yang akhirnya menjadikan mereka gagal dalam persekolahan. Secara bersungguh-sungguh Dato’ Dr Hasan cuba mencungkil semangat ingin berjaya dan kemudiannya menanamkan semangat ini ke dalam hati nurani para pelajar di samping memotivasi mereka supaya mendaki tangga kejayaan hingga mencapai kemuncaknya. |
|
| |
|
3. TEKNIK MENDIDIK ANAK PINTAR CERDAS (THE GENIUS) 
Dato’ Dr Hasan Ali telah terlibat dalam bidang mendidik anak pintar cerdas sejak hampir 20 tahun yang lalu. Hasil daripada pengalaman yang agak luas beserta dengan ilmu dan kemahiran yang beliau kuasai memudahkan beliau membentangkan persoalan mengenai anak pintar cerdas yang merupakan antara subjek yang sangat diminati oleh sebahagian besar ibubapa. Melalui tiga keping CD ini, Dato’ Dr Hasan menjelaskan konsep pintar cerdas, persekitaran pintar cerdas, persoalan kebakaan dan persekitaran yang mempengaruhi darjah kepintaran dan kecerdasan. Faktor-faktor yang membantu meningkatkan daya intelek dibentangkan disamping mengemukakan saranan-saranan praktikal mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibubapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak supaya mereka berpeluang menjadi anak pintar cerdas. |
|
| |
|
4. PANDUAN MENGKHIDMATI IBUBAPA 
Memberi garis panduan serta amalan mengkhidmati ibubapa. Tajuk-tajuk kecil yang disentuh ibubapa sebagai tonggak kehidupan berkeluarga, menyayangi dan mengasihi ibubapa, mengkhidmati ibubapa lanjut usia, mengkhidmati ibubapa yang terlantar sakit dan mengkhidmati ibubapa setelah mereka kembali ke alam baqa’. Contoh-contoh yang hidup diberikan sebagai langkah menguatkan hujah disamping menyuntik semangat kesedaran dan keinsafan di kalangan anak-anak. |
|
| |
|
5. TIPS MEWUJUDKAN SUASANA CERIA DALAM KELUARGA 
Pendengar CD berpeluang mendapatkan beberapa “tips” tentang bagaimana melahirkan suasana ceria dan mesra dalam keluarga. Di peringkat awalnya dibentangkan tentang peri pentingnya mengujudkan suasana ceria dalam keluarga. Suasana sedemikianlah yang dapat menjamin lahir dan berkembangnya keluarga yang bahagia, sejahtera, berjaya dan harmonis. |
|
| |
|
6. TIPS MENYUBUR KASIH SAYANG SEKELUARGA 
Dato’ Dr Hasan Ali mengulas panjang lebar mengenai persoalan kasih sayang dalam keluarga. Fenomena makin lama kahwin makin luntur kasih sayang diberi perhatian yang khusus. Sementara itu beliau juga mengemukakan beberapa kaedah mudah atau “tips” mengenai cara-cara terbaik dan praktikal menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta ibubapa terhadap anak-anak dan sebaliknya. Secara sepintas lalu masalah kasih sayang dalam keluarga besar juga disentuh oleh Dato’ Dr Hasan. |
|
| |
|
7. PENDEKATAN ISLAM MEMBASMI GEJALA SOSIAL 
Pendengar CD berpeluang mendapatkan beberapa “tips” tentang bagaimana melahirkan suasana ceria dan mesra dalam keluarga. Di peringkat awalnya dibentangkan tentang peri pentingnya mengujudkan suasana ceria dalam keluarga. Suasana sedemikianlah yang dapat menjamin lahir dan berkembangnya keluarga yang bahagia, sejahtera, berjaya dan harmonis. |
|
| |
|
8. PENGUKUHAN AQIDAH DAN TAWHEED DALAM KEHIDUPAN 
Forum ini memperkatakan persoalan Islam sebagai satu cara hidup (a way of life). Islam itu lengkap dan tidak ada yang dapat mengatasi darjah cakupan kelengkapannya merangkumi kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Islam menghendaki umatnya mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap dan tata kehidupan yang semestinya menggambarkan kesempurnaan Islam itu sendiri. Tidak seperti lain-lain bentuk kepercayaan Islam diwahyukan untuk mengatur kehidupan umat secara yang paling komprehensif sepanjang zaman. |
|
| |
|